2017-06-16 12.19.50Saya pelajar dari SMK Derma, Perlis. Saya selalu menonton video tentang eksperimen kerana ada sesetengah eksperimen tidak dilakukan di sekolah.

Saya juga selalu menonton video-video di EduNation untuk subjek Matematik Tambahan. Memandangkan bagi Matematik Tambahan saya tidak ke kelas tuisyen, jadi ia memudahkan saya untuk memahami terlebih dahulu dan tidak terkial-kial apabila cikgu masuk topik yang baru. Begitu juga dengan subjek yang lain.

Selepas menggunakan bahan-bahan EduNation. Alhamdulillah saya dapat 9A setiap kali peperiksaan. Semua subjek boleh dikatakan meningkat. Dari A- ke A. Dan subjek yang saya dapat A meningkat ke A+.

Terima kasih, EduNation! Doakan kejayaan saya dalam peperiksaan SPM sebenar.

Muhammad Hafizuddin Bin Hamzan, SMK Derma, Perlis.

Di sini merupakan salah sebuah video Siri Eksperimen oleh EduNation Malaysia. Selamat menonton!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *