Setelah melatih sekolah yang ke-9, guru yang ke-444 serta peserta yang ke-666. Ada macam-macam yang kami belajar dari mereka. Di sini kami kongsikan sedikit pengalaman.

1. Sebenarnya ramai guru secara tidak language telah menggunakan teknik pengajaran abad ke-21 atau secara tidak langsung Blended Learning di dalam kelas mereka. Contohnya seperti penggunaan Kahoot di handphone dan Chromebooks yang membolehkan para pelajar mengeksplorasi teknologi secara sendiri dan menyeronokkan, penggunaan Chromebook bagi mencari maklumat dan dibentangkan di dalam kelas dan sebagainya.

2. Pembelajaran menggunakan teknologi lebih popular dikalangan guru-guru sekolah menengah berbanding sekolah rendah, tetapi bagi guru yang menggunakan model flipped classroom contohnya di sebuah sekolah rendah, dikatakan dalam 70% pelajar menyiapkan tugasan mereka. Nampaknya sebenarnya boleh sangat buat Flipped Classroom kat pelajar sekolah rendah!

3. Persepsi sesetengah guru yang mengatakan bahawa model-model blended learning hanya sesuai untuk sekolah-sekolah di luar negara adalah tidak benar. Sebenarnya, di mana ada kemahuan di situ ada jalan; kalau takde Internet di rumah, guna yang sekolah punya, kalau takde komputer, guna handphone, kalau tak cukup komputer, guna satu dua komputer dah cukup. Kata kuncinya adalah kreativiti. Semuanya bergantung kepada kemahuan guru itu sendiri. 

4. Dalam kita cuba mempromosikan pemikiran aras tinggi dan kemahiran-kemahiran abad ke-21 kepada para pelajar kita. Yang harus mempunyai pemikiran dan kemahiran-kemahiran ini adalah para pendidik kita. Kerana guru adalah role model kepada para pelajar, maka mereka adalah tunjang kepada perubahan para pelajar.

5. Semoga usaha kecil kita di dalam kelas akan diberkati dan membuahkan hasil bagi membangunkan bangsa dan negara. Bak kata Ivan Welton Fitzwarren, “Masa depan dunia terletak di dalam kelas ku hari ini”. Begitu benar sekali kata-kata ini, kan?

Jangan lupa komen atau hubungi kami untuk sebarang pertanyaan atau perkongsian ilmu dan pengalaman.

Terima kasih.

By EduNation for the Nation.

IMG_20170520_120456

IMG_20170520_120518

IMG_20170520_120527

IMG_20170520_131240

IMG-20170520-WA0000

IMG-20170520-WA0004

IMG-20170520-WA0005

IMG-20170520-WA0009

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *