Pada 6 Februari 2017, EduNation telah menjalankan bengkel Blended Learning bersama sekumpulan pelajar dan/atau sukarelawan NGO (ada doktor, ada yang pelajar genetik, ada pelajar bahasa German, ada pelajar pengajian islam, ada bakal akauntan, ada tutor dll) . Banyak benda yang ktorg(di EduNation) dapat belajar daripada peserta2 hari tu di samping berkeupayaan untuk berkongsi ilmu dengan diorg.

Sesi dibahagikan kepada 3 bahagian; pengenalan kepada Blended Learning, aktiviti dalam kumpulan dan pembentangan serta sesi maklum balas. Sesi berlangsung selama 3 jam lebih tanpa rehat (ikutkan 4 jam tapi sesi mula lambat dan kena habis cepat). Gigih diorg ni, minum air kosong je. Suruh rehat pun tak nak.

Masa sesi pengenalan mmg hampir kesemuanya tak tahu Blended Learning tu apa. Tapi melalui perbincangan dan soal jawab, satu kesimpulan dicapai berkenaan peranan guru di dalam kelas Blended Learning. Apa agaknya.

Kisahnya macam ni…
Seusai saya terangkan apa itu Blended Learning. Tiba-tiba ada peserta yang cakap, “kalau macam tu, cikgu sekarang dah tak jadi cikgu la?”

Saya jawab, “okay, betul. Maknanya bukan sekadar memberi informasi pada pelajar. So sekarang apa fungsi cikgu ye?”

“jadi supervisor?” sorg anak muda lain menjawab. Tergelak saya.

“supervisor.. Dengar macam boss sangat. Facilitator.”

FASILITATOR. (Bukan fasilitator masa hari orientasi sahaja)

Fasilitator yakni tugasnya adalah untuk membimbing.

Ya. Itu perkataan yang sesuai. Apabila negara makin menuju ke dunia yang tidak pasti. Tanggungjawab pembelajaran atau tanggungjawab untuk belajar sesuatu bukan lagi di bahu cikgu. Tapi di bahu anak murid itu sendiri.

Kalau sekadar nak Transfer information, Google boleh tolong “okay Google, search the definition of incredible”. Tapi cikgu bukan Google, cikgu lebih dari itu. Jawapan yang perlu dicari adalah bagaimana cikgu boleh menjadi fasilitator kepada anak murid supaya anak-anak murid menjadi dinamik.

Dinamik, such a big word. Persoalannya cakap senangla. Habis tu kalau semua pelajar tak sama kemampuan, tak sama kelemahan. Macam mana gaya nak ubah diorg dari statik menjadi dinamik.

This is impossible!

No, it’s not impossible.

Anak anak kita boleh menjadi dinamik tetapi sesuatu kena berubah. Kita kena dinamik dulu.

GURU, PENDIDIK, ALATAN DAN PERSEKITARAN PEMBELAJARAN perlu berubah.

Ye. Anda adalah agen perubahan tersebut. Tak nak berubah? Satu kita kena ingat, di masa depan nanti dijangkakan 65% para pelajar sekolah rendah sekarang akan bekerja didalam bidang-bidang yang belum wujud harini. Makanya, kasihanilah anak anak kita. Sekarang? 200,000 graduan yang belum mendapat kerja. Di masa hadapan? Belum pasti lagi.

Kalau bukan kita, siapa? Kalau bukan harini, bila?

Persoalannya adalah para pendidik sekalian bersedia untuk berubah? Tepuk dada tanya iman.

Kerana ini bukan soal kita, ini soal anak-anak kita. Yang pastinya kita tidak mahu melihat masih terkapai-kapai mencari identiti.

Berminat untuk tahu lebih lanjut? Tonton video penerangan berkenaan “Station Rotation Model” iaitu salah satu daripada model Blended Learning oleh EduNation!

Daftar di http://www.edunation.my/?userType=Teacher untuk menyertai bengkel yang kami sediakan. 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *