WhatsApp Image 2017-07-15 at 16.06.21

Minggu lepas kumpulan penceramah/jurulatih EduNation Malaysia telah menjalankan bengkel Blended Learning di 3 buah sekolah lagi; SK Bandar Baru Sentul, SJK (C) Jinjang Utara dan SMA Kuala Lumpur.

Sesuatu yang telah kami pelajari daripada sekolah-sekolah yang telah kami kunjungi adalah

I) betapa penting nya sifat kepimpimpinan di kalangan pentadbir sekolah, dimana kami boleh lihat setiap kali disaat menapak kaki di perkarangan sekolah. Sifat kepimpimpinan tertinggi sekolah juga menggambarkan keadaan guru-guru di sekolah tersebut samada positif ataupun tidak.

Seorang guru besar berkata kepada kami, “Bila kita masuk sekolah tu, kita boleh rasa aura sekolah tu. Dan aura penting untuk menentukan suasana sebuah sekolah dan memastikan guru-guru gembira.”

Penting ke nak ada guru-guru yang gembira ni? Ye, amat penting. Kerana dengan ini mereka akan lebih ikhlas dan bermotivasi untuk bekerja seterusnnya mewujudkan suasana positif di sekolah.

II) kedua adalah ‘support system’, apabila bercakap mengenai penggunaan teknologi ataupun aplikasi Pengajaran dan Pembelajaran abad ke-21, perlu adanya seorang ‘pakar’ atau guru IT yang berdedikasi disamping sokongan oleh guru besar untuk menggerakkan para guru yang lain. Ini kerana, sekadar melengkapkan fasiliti tidak bermaksud fasiliti-fasiliti tersebut memang akan digunapakai kerana tanpa ketua yang membimbing, agak sukar menggerakkan para guru untuk mengadaptasi PdP abad ke-21 (terutama sekali apabila berkenaan dengan penggunaan teknologi).

Salah sebuah sekolah yang kami kunjungi mempunyai lebih kurang 1000++ laman FROGVLE. Apabila ditanya bagaimana mereka mampu memastikan guru menggunakan dan menghasilkan laman-laman tersebut. Guru besar mereka mengatakan bahawa mereka mewujudkan jadual penggunaan makmal setiap minggu; contohnya, 10 guru diwajibkan menggunakan makmal komputer setiap minggu. Sistem putaran ini telah memastikan guru-guru sentiasa menggunakan fasiliti yang ada dengan konsisten.

III) ketiga adalah ‘timing’ atau masa yang dipilih untuk bengkel dijalankan juga penting, kalau waktu lepas sekolah selalunya kesian dengan keadaan guru-guru yang masih kepenatan selepas waktu kelas yang panjang. Selalu sangat kita dengar orang skeptikal dengan guru-guru hanya kerana mereka nampak tidak berminat dan kepenatan tapi sebenarnya cikgu pun manusia juga. Masih perlu berfungsi macam kita juga.

Setakat ini sahaja coretan kami kali ini. Kami berharap agar video-video/bahan-bahan atas talian kami akan digunapakai dan memberi manfaat kepada para guru dan pelajar di Malaysia khususnya!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *